Related

Tuesday 23 May 2023

Rebuilt and Restoration of Daiwa Zillion PE Special

 So guys, hari ini saya nak kongsikan kepada anda semua tentang membaikpulih kekili tegak Daiwa Zillion PE Special 100H.

    Kekili ini saya telah miliki semenjak tahun 2009, dan telah banyak berjasa dalam menaikkan ikan-ikan trofi saya.

    Setelah lebih 10 tahun saya gunakan, kini tiba masa untuk saya membaikpulih dan mengganti bahagian-bahagian yang lusuh terutama dari segi mekanikal dan juga fizikal luaran.


Keadaan cat yang tertanggal

Bahagian reel seat cat terkopek

    Kekili ini di leraikan untuk mengenal pasti bahagian yang telah lusuh. Antara bahagian utama yang perlu ditukar adalah Main Gear dan Pinion Gear. Ini kerana ia telah haus akibat berkali-kali diasak oleh ikan. 



    Bahagian ini boleh didapati di kedai online dan boleh digantikan dengan milik kekili Zillion Jdream kerana ia adalah serupa. PERINGATAN! anda perlu mengenalpasti samada kekili itu adalah kayuhan kanan atau kiri sebelum anda membuat pesanan. Kesemua bahagian asli boleh didapati dari Sepat Store.


    Selain itu, bearing dalaman yang lama juga perlu ditukar kerana haus. Di sini saya menggunakan bearing ceramic hybrid kerana ia lebih tahan karat. Namun perlu diingatkan bahawa bearing ini agak sedikit kasar ketika berpusing pada kelajuan putaran yang tinggi. Ceramic Hybrid Bearing boleh didapati dari Yokai Bearing.

Pada asalnya bearing ceramic hybrid digunakan pada spool

Namun begitu, penggunaan bearing ini pada spool dan sideplate telah menghasilkan bunyi kasar ketika membuat lontaran jauh. Oleh itu saya mengambil keputusan untuk menggantikan kepada bearing yang diperbuat daripada jenama SKF iaitu antara pengeluar bearing terbaik dalam dunia.

Berikut adalah size bearing kekili Daiwa Zillion:
Side plate 3x8x4 mm
Spool 3x10x4 mm
Main Shaft End 5x8x2.5 mm
Worm/levelwind Gear Bearing 5x8x2.5 mm
Pinion Gear Bearing 8x12x3.5 mm (Spool side) 5x9x3 mm (plate side)
Main Shaft External 8x12x3.5 mm


Antara tiga bearing yang berbeza dari segi pembuatan dan kualiti

    Manakala bahagian fizikal luaran kekili ini, saya menggantikan plate depan dengan bahagian dari Daiwa Jdream asli. Untuk keseluruhan bahagian luar kekili, saya menghantarkan kepada pengecat custom untuk menanggalkan cat lama serta kesan karat sebelum mengaplikasi cat baru kepada bahagian utama badan kekili.

Hasil setelah dicat


Kekili yang di cat dipasang pada joran asal


Setelah selesai cat, masih ada beberapa bahagian yang perlu dikemaskini dan ditukar bagi menampakkan fizikal yang lebih cantik. Antaranya ialah. Level Wind Cap yang ada kesan lusuh akibat pembukaan ketika servis kekili. Begitu juga denga Brake Dial Screw. Selain itu bodyplate juga perlu ditukar kerana ada kesan-kesan calar akibat penggunaan.

Berikut adalah senarai kos membaikpulih kekili ini:

Paintjob RM310

Front cover RM50

Gear set (main gear + pinion) RM220

Hedgehog Wind Cap RM38

Rays Dial Screw RM19.50

Rays Wind Screw RM19.50

New Line Guide RM120.00

Body Plate RM75.00

Thumb Bar RM

Yokai Bearing RM150

SS Bearing (SKF) RM50


Info Tambahan.

1.    Menariknya kekili Daiwa ini kerana mempunyai banyak custom parts terutama bahagian asthetic yang mudah didapati.

2.    Antara kekurangan kekili Daiwa berbanding dengan kekili Shimano adalah terletak pada bearing spool yang boleh diperbaik dengan menukar kepada bearing yang kualiti lebih tinggi.

3.    Bearing Ceramic untuk spool & sideplate Zillion PE Special ni saya tak pakai tapi saya transfer ke Salamandura SV TW 70 untuk longcast sebab kebetulan ia muat.


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.