Related

Tuesday 1 December 2020

Light Jigging Perairan Port Klang

Okay, Perlabuhan Klang ini seronok sebab tidak memerlukan perjalanan jauh untuk capai destinasi. Dari KL kurang satu jam anda boleh tiba di Jeti-jeti yang akan membawa anda jigging ke perairan sini. Walaupon sewaan bot agak mahal, namun anda jimat dari segi perbelanjaan tambahan seperti penginapan dan pengangkutan bagi trip-trip yang jauh.

Sejam dari jeti anda sudah sampai kawasan yang dinamakan sebagai Pintu Gedung Port Klang dimana anda boleh memulakan sesi jiggin untuk mencari ikan sisik.

Botmen sini menyarankan agar menggunakan jigg 80g berwarna Ungu

Selain itu tekong akan membawa ke Paloh yang merupakan laluan kapal untuk bermain di lubang-lubang ikan di dasar laut.
Ikan ini sangat ganas, Saya tak berani bergambar dengan ia yang masih hidup.

Ada juga beberapa kawasan cetek iaitu beteng pasir yang wujud di tengah-tengah lautan menjadikan tempat singgahan bagi ikan-ikan yang melalui perairan selat melaka.
Dah mati baru kita bergambar
Hancur jigg dibaham alu-alu





Friday 30 October 2020

Menjejak Port Klang

 Port Klang adalah lubuk air masin terdekat bagi mereka yang tinggal di kawasan Selangor dan Kuala Lumpur. Memancing di port Klang adakala sangat seronok dan menarik kerana kepelbagaian spesis serta kesenangan bagi mereka yang mempunyai masa terhad untuk memancing di tempat yang jauh-jauh.

Bersama kawan sekolah di jeti jambatan muhibbah

Untuk memancing disini, anda perlu membeli umpan pum-pun di tanjung harapan. Kebiasaan untuk mancing semalaman saya akan membeli sebanyak 2 bekas plastik untuk seorang pemancing. Manakala umpan udang hidup pula sebanyak 15 ekor untuk seorang pemancing. Jika pergi berdua saya akan habiskan sebanyak RM50 untuk umpan iaitu 4 bekas pumpun dan 30 ekor udang hidup.

Antara hasil semalaman ialah Ikan Sembilang, Gelama Pisang, Ikan Duri, dan gelama biasa.

Tempat mancing yang sering saya kunjungi di hujung minggu ialah di bawah jambatan muhibbah serta pontoon berdekatan.
Kadangkala mancing sepetang pon boleh dapat banyak

Ya, kerapu singa ini boleh dimakan.




Tuesday 13 October 2020

Light Jigging Pulau Jarak

Trip kali ni adalah trip yang saya join sebab banyak kali saya menduga perairan pulau 9 tetapi tidak mendapat hasil lumayan. Dengan beranggapan pulau Jarak ni kaya dengan hasil, saya mencuba nasib disini. Namun hakikatnya agak perit kerana sekali lagi cuaca tidak mengizinkan. Hanya beberapa ikan saiz besar berjaya dinaikkan.
Naik Tenggiri dan Alu-alu sahaja pada trip kali ini.

Selepas trip ini saya mula merasakan bahawa agak membazir bila pergi trip jauh-jauh tapi ikan tak seberapa. Jadi saya mulai mencuba untuk menduga perairan berdekatan seperti di kawasan Perlabuhan Klang.