Related

Monday 2 September 2019

Kembali Jigging

 Kali ini saya turun ke Tuas Yan untuk misi mencari tenggiri. Namun agak hampa dengan keadaan cuaca menyebabkan saya hanya menggunakan micro jigg untuk mendapatkan hasil yang lebih mudah dijerat.

Baby Tenggiri on Microjigg

Oleh kerana tidak berpuas hati dengan hasil trip ni saya mengajak rakan-rakan untuk turun ke Kampung Kempadang, Kuantan untuk memuaskan hati dengan microjigg




Namun hasil juga tidak seberapa dan membuatkan saya kecewa dengan jigging

Sunday 12 May 2019

Mancing Haruan dekat parit kampung mertua

 Haruan adalah antara ikan yang saya paling sukar untuk naikkan. Entah mengapa dari dulu lagi pencarian haruan seringkali mendatangkan kehampaan. Namun kadangkala ada juga rezeki yang mendatang.

Berjaya dinaikkan menggunakan SpinnerBait

Bagi saya, kalau parit tu ada haruan, dan ia nampak umpan saya, mesti dia akan sambar. Cuma seringkali parit di kawasan kampung ini telahpun ditangkap orang serta populasi kurang menyebabkan sukar untuk menaikkan haruan.