Related

Saturday 17 February 2018

Mancing Udang

 Antara pancingan yang menarik adalah mancing udang. Ini kerana ia menggunakan teknik yang betul-betul unik serta memberikan hasil yang sedap bagi peminat udang.


Ini adalah rekod tangkapan peribadi saya di Sg perak

Umpan yang kebiasaan digunakan adalah anak udang yang telah disejuk beku untuk menyenangkan bagi pemancing yang tiada masa untuk mencari umpan. Selain itu cacing dan pumpun juga adalah kegemaran bagi udang galah sungai Perak. Kadang-kadang, jika kesemua umpan ini tidak dapat diperolehi, saya akan menangkap ikan dan menggunakan isi ikan sebagai umpan.


Saiz ni biasanya kalau makan dia senyap jer.