Related

Tuesday 23 May 2023

Rebuilt and Restoration of Daiwa Zillion PE Special

 So guys, hari ini saya nak kongsikan kepada anda semua tentang membaikpulih kekili tegak Daiwa Zillion PE Special 100H.

    Kekili ini saya telah miliki semenjak tahun 2009, dan telah banyak berjasa dalam menaikkan ikan-ikan trofi saya.

    Setelah lebih 10 tahun saya gunakan, kini tiba masa untuk saya membaikpulih dan mengganti bahagian-bahagian yang lusuh terutama dari segi mekanikal dan juga fizikal luaran.


Keadaan cat yang tertanggal

Bahagian reel seat cat terkopek

    Kekili ini di leraikan untuk mengenal pasti bahagian yang telah lusuh. Antara bahagian utama yang perlu ditukar adalah Main Gear dan Pinion Gear. Ini kerana ia telah haus akibat berkali-kali diasak oleh ikan. 



    Bahagian ini boleh didapati di kedai online dan boleh digantikan dengan milik kekili Zillion Jdream kerana ia adalah serupa. PERINGATAN! anda perlu mengenalpasti samada kekili itu adalah kayuhan kanan atau kiri sebelum anda membuat pesanan. Kesemua bahagian asli boleh didapati dari Sepat Store.


    Selain itu, bearing dalaman yang lama juga perlu ditukar kerana haus. Di sini saya menggunakan bearing ceramic hybrid kerana ia lebih tahan karat. Namun perlu diingatkan bahawa bearing ini agak sedikit kasar ketika berpusing pada kelajuan putaran yang tinggi. Ceramic Hybrid Bearing boleh didapati dari Yokai Bearing.

Pada asalnya bearing ceramic hybrid digunakan pada spool

Namun begitu, penggunaan bearing ini pada spool dan sideplate telah menghasilkan bunyi kasar ketika membuat lontaran jauh. Oleh itu saya mengambil keputusan untuk menggantikan kepada bearing yang diperbuat daripada jenama SKF iaitu antara pengeluar bearing terbaik dalam dunia.

Berikut adalah size bearing kekili Daiwa Zillion:
Side plate 3x8x4 mm
Spool 3x10x4 mm
Main Shaft End 5x8x2.5 mm
Worm/levelwind Gear Bearing 5x8x2.5 mm
Pinion Gear Bearing 8x12x3.5 mm (Spool side) 5x9x3 mm (plate side)
Main Shaft External 8x12x3.5 mm


Antara tiga bearing yang berbeza dari segi pembuatan dan kualiti

    Manakala bahagian fizikal luaran kekili ini, saya menggantikan plate depan dengan bahagian dari Daiwa Jdream asli. Untuk keseluruhan bahagian luar kekili, saya menghantarkan kepada pengecat custom untuk menanggalkan cat lama serta kesan karat sebelum mengaplikasi cat baru kepada bahagian utama badan kekili.

Hasil setelah dicat


Kekili yang di cat dipasang pada joran asal


Setelah selesai cat, masih ada beberapa bahagian yang perlu dikemaskini dan ditukar bagi menampakkan fizikal yang lebih cantik. Antaranya ialah. Level Wind Cap yang ada kesan lusuh akibat pembukaan ketika servis kekili. Begitu juga denga Brake Dial Screw. Selain itu bodyplate juga perlu ditukar kerana ada kesan-kesan calar akibat penggunaan.

Berikut adalah senarai kos membaikpulih kekili ini:

Paintjob RM310

Front cover RM50

Gear set (main gear + pinion) RM220

Hedgehog Wind Cap RM38

Rays Dial Screw RM19.50

Rays Wind Screw RM19.50

New Line Guide RM120.00

Body Plate RM75.00

Thumb Bar RM

Yokai Bearing RM150

SS Bearing (SKF) RM50


Info Tambahan.

1.    Menariknya kekili Daiwa ini kerana mempunyai banyak custom parts terutama bahagian asthetic yang mudah didapati.

2.    Antara kekurangan kekili Daiwa berbanding dengan kekili Shimano adalah terletak pada bearing spool yang boleh diperbaik dengan menukar kepada bearing yang kualiti lebih tinggi.

3.    Bearing Ceramic untuk spool & sideplate Zillion PE Special ni saya tak pakai tapi saya transfer ke Salamandura SV TW 70 untuk longcast sebab kebetulan ia muat.


Sunday 7 May 2023

Chenderoh! Walking down the memory lane...

 Kali ini aku nak update comeback aku...

Actually aku dah lebih mancing relax n jarang amek gambar. tapi baru2 ni anak aku lak ada minat nak mancing so aku start balik aktif.

So antara tempat aku revisit adalah Chenderoh.

Tempat ni dah banyak berubah namun ikan dia still best cuma biasa lah nak kena usaha lebih sket dalam mencari.

Yang tak best adalah pemergian tekong2 lagenda... Al-Fatihah buat arwah..

Set baitcast utk BFS aku lak hilang masa pindah so aku replace dengan Salamandura. Nampak ngam ngan rod Fantasista aku.

Oklah nah gambar2 hasil:








Thursday 17 February 2022

Mancing Jigging di Port Klang

 Secara tak langsungnya Perlabuhan Klang adalah destinasi Light Jigging bagi saya. Senang, bangun pagi gerak, malam balik sempat makan dekat rumah. Hasil pon agak ok.

Jenahak berjaya dinaikkan lagi

Cuma biasalah tak semua hari naik ikan-ikan yang menarik. Adakalanya hampa.

Naik ikan Talang jer.


Tapi sedap gak ikan talang ni rendam ngan air garam dan kemudian masak lemak.

Menggunakan slow jigg saiz 100g berwarna candy


Saturday 10 April 2021

PKP dan Pancingan Layang

 Semasa PKP ni rasa teringin sangat nak melayan. Jadi trip kali ini kita melayang di kolam yang baru buka.


Dapat pakai breadfly jer tapi syiok layan.

Anak Tilapia pun makan gak.

Pencipta rod ni mewarnakan ia menyerupai daun-daun di tepi sungai

Kemudian sesi Fly-fishing dibawa ke sungai untuk memikat ikan tengas.



Tuesday 1 December 2020

Light Jigging Perairan Port Klang

Okay, Perlabuhan Klang ini seronok sebab tidak memerlukan perjalanan jauh untuk capai destinasi. Dari KL kurang satu jam anda boleh tiba di Jeti-jeti yang akan membawa anda jigging ke perairan sini. Walaupon sewaan bot agak mahal, namun anda jimat dari segi perbelanjaan tambahan seperti penginapan dan pengangkutan bagi trip-trip yang jauh.

Sejam dari jeti anda sudah sampai kawasan yang dinamakan sebagai Pintu Gedung Port Klang dimana anda boleh memulakan sesi jiggin untuk mencari ikan sisik.

Botmen sini menyarankan agar menggunakan jigg 80g berwarna Ungu

Selain itu tekong akan membawa ke Paloh yang merupakan laluan kapal untuk bermain di lubang-lubang ikan di dasar laut.
Ikan ini sangat ganas, Saya tak berani bergambar dengan ia yang masih hidup.

Ada juga beberapa kawasan cetek iaitu beteng pasir yang wujud di tengah-tengah lautan menjadikan tempat singgahan bagi ikan-ikan yang melalui perairan selat melaka.
Dah mati baru kita bergambar
Hancur jigg dibaham alu-alu





Friday 30 October 2020

Menjejak Port Klang

 Port Klang adalah lubuk air masin terdekat bagi mereka yang tinggal di kawasan Selangor dan Kuala Lumpur. Memancing di port Klang adakala sangat seronok dan menarik kerana kepelbagaian spesis serta kesenangan bagi mereka yang mempunyai masa terhad untuk memancing di tempat yang jauh-jauh.

Bersama kawan sekolah di jeti jambatan muhibbah

Untuk memancing disini, anda perlu membeli umpan pum-pun di tanjung harapan. Kebiasaan untuk mancing semalaman saya akan membeli sebanyak 2 bekas plastik untuk seorang pemancing. Manakala umpan udang hidup pula sebanyak 15 ekor untuk seorang pemancing. Jika pergi berdua saya akan habiskan sebanyak RM50 untuk umpan iaitu 4 bekas pumpun dan 30 ekor udang hidup.

Antara hasil semalaman ialah Ikan Sembilang, Gelama Pisang, Ikan Duri, dan gelama biasa.

Tempat mancing yang sering saya kunjungi di hujung minggu ialah di bawah jambatan muhibbah serta pontoon berdekatan.
Kadangkala mancing sepetang pon boleh dapat banyak

Ya, kerapu singa ini boleh dimakan.




Tuesday 13 October 2020

Light Jigging Pulau Jarak

Trip kali ni adalah trip yang saya join sebab banyak kali saya menduga perairan pulau 9 tetapi tidak mendapat hasil lumayan. Dengan beranggapan pulau Jarak ni kaya dengan hasil, saya mencuba nasib disini. Namun hakikatnya agak perit kerana sekali lagi cuaca tidak mengizinkan. Hanya beberapa ikan saiz besar berjaya dinaikkan.
Naik Tenggiri dan Alu-alu sahaja pada trip kali ini.

Selepas trip ini saya mula merasakan bahawa agak membazir bila pergi trip jauh-jauh tapi ikan tak seberapa. Jadi saya mulai mencuba untuk menduga perairan berdekatan seperti di kawasan Perlabuhan Klang.